Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18 kisah terindah zaman sekolah

Assalamualaikum guys! hihihi

hari ini aku nak share story pasal aku. emm kalau ada yang macam tak berminat baca kisah aku hahahaha korang cepat cepat pilih tajuk lain okay untuk dibaca. hahaha sebab maybe post ni boring sikit (melainkan ada antara korang ni secret admire aku kahkahkah)

okay aku nak start apa ye? hmmm memandangkan aku baru je berjinak jinak nak meluahkan perasaan aku dalam blog ni so maybe nampak over la cara penulisan aku.. yang tu aku minta maaf k kalau korang meluat huhu aku cuma ingin menjadi diriku sendiri chewaahhhh hahahaha

so aku lahir di Kelantan dan aku mula sekolah dari tadika hinggalah habis STPM aku hanya sekolah di Kelantan Darul Naim sahaja hihi aku bukan macam sesetengah kawan aku yang selalu berpindah randah sebab kawan-kawan aku ramai ayah diorang kerja polis jadi mesti diorang dah rasa berpindah tu banyak kali hahaha tapi aku tak macam itu. mama dan abah aku merupakan guru yang mengajar di sekolah menengah dan memang berasal dari Kelantan.

tapi kan korang nak tahu tak apa yang special bila zaman sekolah aku ni (bagi aku special and unik la) hahahahaha kalau korang nak tahu aku waktu sekolah rendah aku sekolah dalam enam tahun tu enam tahun aku pindah. hahahahhaa kelakar kan? bukan sebab aku pelajar yang bermasalah okay! cuma sebab macam mana ek hahaha aku pun dah lupa tapi meh aku list sekolah yang pernah aku sekolah ye

darjah 1 - SK Dato Hasyim 1
darjah 2 - SK Tanjong Mas
darjah 3 - SK Agama Tengku Amalin Aisyah Putri
darjah 4 - SK Penambang
darjah 5 - SK Pengkalan Chepa
darjah 6 - SK Dato Hasyim 2

hahaha kelakar kan ? tapi yang aku duk tukar tukar sekolah tu dalam satu daerah yang sama je sebenarnya..and disebabkan aku suka tukar sekolah ni aku jadi ramai kawan sampai ada ramai kot yang aku kalau terjumpa orang kan diorang mesti cakap "dah lupa ke kita pernah satu sekolah" takpun macam ni.. bila aku jumpa dalam sesuatu majlis tu aku nak salam la kan pastu ala biasa la perempuan kalau tengok orang tu macam tua sikit mesti nak salam cium tangan kan hahaha so aku nak salam cium tangan sekali budak tu cakap "weh yaa kita sebaya la! kau tak ingat ke kita satu kelas" aku macam oh ea so macam aku pun dalam hati cakap likeeeeee whattt! hahahahahha korang ingat aku ingat ke hahahahaha aku pun pelik dan musykil macam mana korang boleh cam aku. maybe muka aku tak berubah kot dari kecik tapi betul ikhlas dari hati aku.. aku minta maaf sangat kalau aku tak cam korang tau.

pastu bila dah naik sekolah menengah aku dah tak pindah sekolah macam tu dah haha al maklum lah dah besar dah boleh fikir nak cari kawan kan so aku hanya pindah sekolah bila nak masuk tingkatan enam sebab sekolah aku yang lama tu takde kelas untuk tingkatan enam.

jadi bila aku dah pindah naik tingkatan enam ni kan. aku boleh cakap paling best aku pernah sekolah adalah masa tingkatan enam! korang tahu kenapa? sebab masa itu baru aku kenal erti kawan sebenar-benarnya sebab apa dalam kelas aku tingkatan 6 ekonomi tu kita orang macam keluarga tau.. cikgu-cikgu kita orang macam mak ayah kita orang je sebab apa ? sebab kita orang tak pernah terdetik nak makan kawan sama sendiri.. kalau masa study kan sape yang tak faham pasti kita orang akan ajar satu sama lain sampai la faham. alaaa rindunyaaaa nak sekolah balik rindu nak kawan dengan diorang dengan cikgu-cikgu yang penyayang *nangis* hukhuk banyak sebenarnya kisah form 6 aku ni tapi itu jela aku cerita kang panjang korang malas nak baca pulak hahahahaha so macam biasa nah aku belanja gambar masa aku sekolah.








haa yang ini pula gambar masa form 5 hihi sorry muka kelakar hahaha



No comments:

Post a Comment

10 Ways to Lose Weight Without Dieting

Sure, you can lose  weight  quickly. There are plenty of  fad diets  that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling  hung...