hai koranggg..
okay post kali ini aku nak ceritakan kesayangan aku.. aku pasti semua orang ada orang kesayangan atau haiwan kesayangan dalam hidup kan ? so macam itulah aku jugak.. tapi post kali ini aku nak cerita kesayangan aku yang haiwan la hahahahaha haiwan tu tentulaaaaa si manjaa kucing kikiki meeooowww!!
aku nak cerita la kan sepanjang aku menikmati keindahan hidup aku selama 23 tahun ni kan.. seingat aku hanya dua kali je aku pernah rapat dengan kucing. sebab aku ni jenis yang macam tak minat sangat and tak pandai nak zahirkan kasih sayang aku hahahaha
so kucing aku ni kucing betina.. tapi aku namakan dia "mad" hahahahahha kelakar kan? betina tapi letak nama org lelaki hahahaha itu sebab arwah mama aku namakan kucing ni.. mad ni aku pun tak tahu masa bila dia wujud dalam kehidupan aku dan keluargaku sebab mad ni macam kucing terbiar tapi dia selalu datang rumah mintak makanan.. so aku ni sebagai anak perempuan yang bila keluargaku dah habis makan aku la yang kena kemas meja apa semua kan so ada la makanan lebih mesti aku bagi makan dekat mad.. jadi bila lama-lama aku setiap hari bagi makan dekat mad ni sampai dia pun macam rapat dengan aku.. pantang dia boleh masuk rumah mesti dia cari aku duduk sebelah aku (sebab arwah mama tak suka kucing masuk rumah sebab rumah aku ni full karpet so takde lantai yang takde karpet jadi penuh la bulu kucing) oleh sebab mama tak bagi dia masuk rumah mesti kalau ada peluang je dia masuk rumah sampai la satu ketika waktu tu aku umur 16,17 tahun aku mula sayang dekat mad ni siap belikan makanan khas untuk dia pastu dia manja sangat dengan aku selalu gosok badan dia dekat aku pastu dia kan kalau macam aku stress ke aku nak nangis ke mesti mata mad ni pandang je aku macam mata dia menceritakan yang dia turut faham perasaan aku.
sampai la satu ketika masa tu aku tahun satu di UPM arwah mama whatsapp aku bagitau yang mad ni selalu tidur je selalu baring pastu kalau makan tak makan banyak macam selalu.. hahaha arwah mama pernah hantar gambar mad duduk terkangkang macam lembu kenyang hahaha maybe dia dah obes kot sebab tu malas nak jalan malas nak lari tu..
pastu bila aku balik rumah aku perasan yang mad ni makin lama makin pasif pastu macam sakit sampailah aku bawak pergi klinik haiwan dekat UMK PC tu rupanya student UMK tu cakap kucing aku ni macam aku ketulan ke apa ntah yang berpunca dari kucing jantan selalu duk bagi dia beranak. jadi untuk buang ketulan tu kena kos RM550 hmm sebab masa tu aku tengah kaya so dengan redha aku pun bayar la operation untuk kucing kesayangan aku ni so dah settle lepas operation tu setahun selepas itu kucing aku sakit lagi masa tu dia dah macam tenat and bila aku bawak pergi jumpa Dr, katanya kucing aku dh takde harapan pastu dia cakap kucing aku dah sakit lama and Dr tu cakap kalau boleh biar dia mati sebab dia pun mungkin dah sakit lama dah..
lepas itu seminggu kemudian aku cari kucing aku merata tempat kot tapi tak jumpa. aku sedih sangat sebab arwah mama aku cakap kucing kalau dia nak mati dia takkan muncul depan tuan dia sebab dia taknak tuan dia sedih. hmm memang pun korang sebab lepas tu adik aku jumpa kucing aku dah mati.. murung kejap aku time tu..
sejak daripada tu aku dah takde haiwan peliharaan dah.. hahaha haritu ada jugak cakap dekat boyfriend aku kata nanti lepas kahwin nak ambik kucing baru tapiiii awal awal lagi dia tak bagi sebab dia tu trauma dengan kucing hahahahaha trauma sebab apa aku tak tahu la sebab bila aku tanya dia cakap nanti lepas kahwin dia bagitau..
anyway thank you guys sebab baca cerita tak seberapa aku ni huhuuhu so nah aku belanja arwah kucing aku ni yerrr
hahahhaa okay yang ni last punya gambar haha nama dia mad jemah meow meow kahkahkah
No comments:
Post a Comment