Thursday, October 25, 2018

BBM3410/18 : Puding Caramel

Assalamualaikum korangggg..

huhu okay harini aku nak cerita la sedikit kan kepakaran memasak dessert aku ni.. setakat aku hidup 23 tahun ni.. yang paling aku pandai sekali buat dessert satu je weh iaitu puding caramel hahahaha..yang lain-lain nanti aku pandai jugak tapi tak minat sangat buat sebab aku rasa puding karamel ni la yang paling ringkas nak buat and sedap! nak tahu kenapa ringkas? sebab bahan-bahan yang aku guna ni confirm akan ada je dekat dapur rumah aku tu..

so ni bahan-bahan yang diperlukan :

ni untuk gula dia kasi hangus :
  • gula dua cawan
  • air sedikit
ni untuk yang warna kuning dia :
  • susu pekat satu tin
  • air masak satu tin 
  • sedikit esen vanilla
  • telur lima atau enam biji
okay mula-mula sekali aku akan pecahkan telur dan kacau dia hingga rata selepas itu aku masukkan susu pekat satu tin dan air masak satu tin akhir sekali aku letak sedikit esen vanilla.

lepas itu aku tinggalkan sekejap.. aku pergi goreng gula atas api sehingga warna gula tu bertukar menjadi keperang-perangan.. 

selepas gula dah cair, aku cepat-cepat masukkan gula tersebut ke dalam loyang (sebab gula ni cepat beku so kena cepat buat ni)

selepas gula tu dah mengeras dalam loyang aku letakkan la adunan telur dan susu aku tadi ke dalam loyang..selepas itu aku kukuskan puding aku tu selama 25minit

ni la bahan dia

nahh teliur takkk
selepas itu tadaaaaa dah siap untuk dimakan auummmm hihihi


tips nak ambil hati lepas gaduh dengan boyfriend hahaha



No comments:

Post a Comment

10 Ways to Lose Weight Without Dieting

Sure, you can lose  weight  quickly. There are plenty of  fad diets  that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling  hung...