Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18 : Video One Shot

Tugasan kali ini, kumpulan kami disuruh untuk membuat Video One Shot yang mana arahan telah diberi oleh prof seperti berikut :

  • tidak ada editing
  • pelakon mesti ada di dalam video
  • mengikut miming lagu yang telah dipilih
  • setiap ahli dalam kumpulan mesti ada dalam video tersebut
  • hanya lagu melayu yang dipilih
  • maksimun 3 minit sahaja dan lagu itu rancak
  • tidak lupa untuk memasukkan kredit kepada yang berkenaan
video one shot ini bermaksud
  • hanya memfokuskan kepada pelakon sahaja
  • hanya ada satu scene sahaja
  • pelakon hanya melakukan satu kelakuan sahaja seperti "menari sambil menyanyi"
  • kamera tidak digerakkan dan pelakon hanya memandang kamera sahaja
video di bawah merupakan tugasan pertama kami dalam menghasilkan one shot

Bukan sahaja video one shot, akan tetapi Two Shot dan Three Shot juga kami turut belajar bagaimana untuk menghasilkan video tersebut.

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Tugasan yang telah diterima adalah untuk melakukan satu tugasan berkumpulan iaitu Video Tanpa Wajah. Ciri-ciri yang perlu ada dalam video ini adalah seperti berikut :

  • tidak menampakkan wajah manusia
  • mempunyai satu cerita yang dapat difahami dan ada pengakhiran
  • hanya memfokuskan satu perkara sahaja. sebagai contoh, membuat cerita tentang Bendera jadi dari awal hingga akhir perlu menceritakan tentang bendera sahaja
Sebagai contoh, di bawah ini merupakan video tanpa wajah yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami "Nafi Production"



BBM3410/18 : Nota Papan Cerita

Papan cerita atau lebih dikenali sebagai storyboard bermaksud satu siri lakaran bagi mengambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia
  • boleh katakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik, bergerak atau media interaktif
  • Papan cerita juga merupakan satu susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur. 
  • Pemilihan tema dalam papan cerita juga telah dibuat iaitu E-Majalah
  • layout atau ciri yang perlu ada di dalam papan cerita seperti Teks dan Grafik











BBM3410/18 : Asas Grafik

Asas grafik yang telah diajar dalam subjek Multimedia dalam Bahasa, berikut merupakan perkara yang perlu ada untuk sesuatu gambar. oleh itu terdapat empat perkara asas yang perlu ada dalam asas grafik iaitu :

  • Mudah 
  • Keseimbangan
  • Kesesuaian
  • Warna
  • Teks

♢ Mudah
  • ciri pertama yang perlu ada dalam sesuatu asas grafik adalah mudah kerana mesej yang ingin disampaikan dalam grafik tersebut dapat difahami dengan mudah tanpa perlu bersusah payah untuk menafsir sesuatu grafik. 
♢Keseimbangan
  • Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.
  • Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan  atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit  yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
  • seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah
♢Kesesuaian 
  • kesesuaian dalam grafik ini bermaksud pembaca yang melihat ini dapat memahami apa yang disampaikan 

♢Warna
  • Memberi penegasan kepada visual-visual tertentu dan menolong menambah kesan penyatuan di antara elemen dan objek.
  • Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu ahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu.  Walaupun begitu, penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan bahasanya.
  • Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan dan meningkatkan kejelasan visual yang mana lazimnya perbezaan warna antara latar denganwarna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik 
♢Teks
  • Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual.

10 Ways to Lose Weight Without Dieting

Sure, you can lose  weight  quickly. There are plenty of  fad diets  that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling  hung...