Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa jadi aku ceritakan serba sedikit tentang aku? okay nama aku mahira tapi selalunya keluarga dan rakanku lebih selesa memanggilku dengan nama 'yaa' sahaja. aku ada lapan orang adik beradik yang mana aku anak keempat. Aku mempunyai dua orang abang, seorang kakak dan empat orang adik lelaki. aku juga mempunyai seorang ibu kandung dan seorang ayah kandung.namun ujian telah melanda untuk aku dan sekeluarga kerana pada tarikh keramat 10 julai 2018 ibuku telah kembali menemui penciptaNya. Ya aku redha dengan apa yang berlaku kerana bagi aku, aku lebih rela ibuku meninggalkan kami semua daripada beliau menanggung kesakitan buah pinggang. Beliau telah menjalani hemodialisis pada bulan april haritu.. Kisahnya panjang insyaAllah kalau ada waktu lapang akan ku coret disini perjalanan ibuku sebagai pesakit buah pinggang. Tahun ini juga aku turut menerima ujian apabila setelah ibuku meninggal dunia, pada bulan ogos 2018 ayahku pula dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan jantung (By-Pass) aku tahu aku sedih dan murung dengan apa yang yang jadi dalam hidupku ini tapi aku cuba untuk kuatkan semangat aku, aku sentiasa fikir yang ujian untuk aku ini hanyalah sedikit dan mungkin ini pembalasan tuhan pada aku diatas dosa-dosa yang aku telah buat. aku redha apa yang jadi dalam hidupku ini.. Aku sekarang berada di semester akhir di UPM pada awal tahun 2019 aku akan menamatkan ijazahku ini. aku ingin memulakan hidup baru. Aku mahu buka buku baru. Aku mahu jadi seorang yang baru. Doakan aku agar kehidupanku lepas ini akan lebih baik dari sekarang. disini aku sertakan gambar keluarga ku yang mana jadi gambar terakhir untuk kami sekeluarga yang complete semua orang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Ways to Lose Weight Without Dieting
Sure, you can lose weight quickly. There are plenty of fad diets that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling hung...
-
Buat kali pertama dalam sejarah Muzium FBMK telah mengadakan satu pesta iaitu pesta makanan tradisional melayu yang bertempat di Muzium FBMK...
-
Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa jadi aku ceritakan serba sedikit tentang aku? okay nama aku mahira tapi selalunya keluarga dan ...
-
Assalamualaikum guysssssss... korang rasa aku nak cerita tentang apa ye kalau berkenaan dengan tajuk aku tu ? huuhuhu tentu la pasal arw...
No comments:
Post a Comment