Okay memandangkan sekarang aku tengah cuti pertengahan semester.. so aku nak cerita la serba sedikit tentang aktiviti apa yang aku buat sewaktu cuti ni selain dari buat FYP(iyeker buat hehe).
Untuk pengetahuan korang, keluarga aku ini ada membuka sebuah kedai uniform yang mana di kawasan perumahan kami tu family kita orang je yang buka.. kedai lain ada jugak tapi jauh la sedikit.. dekat Kota Bharu.
Jadi untuk mengisi masa terluang aku yang sangat berharga ini.. aku mengambil keputusan untuk membuat part-time bekerja di kedai keluargaku..
Mesti korang tertanya-tanya kan.. apa la yang kedai family aku ni jual kan? so kami ada menyediakan barangan yang paling utama iaitu uniform sekolah seperti baju sekolah, baju uniform kokurikolum, beg sekolah, kasut sekolah malah tidak hanya barangan sekolah tetapi kami turut membekal peralatan sukan kepada pihak yang ingin mendapatkannya terutama sekali pihak sekolah yang berdekatan dengan kawasan kami. Malah kedai kami juga turut menyediakan perkhidmatan printing seperti print tulisan atau logo pada baju, banner atau segala jenis piala dan cenderamata.
Apa yang dapat perhatikan selama aku bekerja dengan keluarga aku ini.. kedai kami tidaklah mendapat untung setiap hari atau setiap bulan.. kedai kami hanya mempunyai ramai orang apabila tiba musim sekolah iaitu awal tahun dan akhir tahun sahaja..
Jadi mesti korang tertanya-tanya kan bagaimana kami nak survive untuk membuat bayaran bil utiliti setiap bulan kan? huhu okay meh aku ceritakan.. kami tidak bergantung 100% kepada jualan baju barang uniform sahaja.. kami juga turut membekal keperluan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti SUK,JPN,IPD, dan banyak lagi...
So itulah serba sedikit apa yang aku boleh kongsikan kepada korang tentang keluargaku ini huhu..
Punya la beribu gambar dalam phone aku tapi satu pun takde gambar kedai. so gambar aku wujud sekali pun okay je kan. hihi |
No comments:
Post a Comment