Assalamualaikum guysssssss...
korang rasa aku nak cerita tentang apa ye kalau berkenaan dengan tajuk aku tu ?
huuhuhu tentu la pasal arwah ibu aku yang mana hari ini genap 100 hari ibu aku meninggal dunia..
ntah la wey.. aku tak tahu kenapa saat aku menulis berkenaan ibu aku ni kan.. rasa macam terngiang-ngiang je dekat tepi telinga ni suara mama aku.. rasa macam tak percaya yang mama aku dah takde.. rasa macam baru je aku call dia jumaat lepas tanya dia buat apa.. rasa macam betul ke mama aku dah meninggal ? kenapa cepat sangat mama pergi tinggalkan aku dan adik beradikku.. tapi walau banyak mana pun persoalan yang timbul dalam fikiran aku.. masa tetap tak boleh diundur.. mama tetap tak ada di dunia ini. ya Allah aku rindu sangat nak bercakap dengan mama.. aku rindu nak peluk dia ya Allah.. aku rasa aku belum puas bermanja dengan mama aku dan aku belum balas pun lagi jasa mama aku yang selama ini tak pernah berkira hulur duit dekat aku walaupun mama aku sendiri tiada duit hahaha.. kalau korang nak tahu kan... perangai mama aku ni dia banyak mulut tau.. korang letak je dia mana-mana mesti banyak je idea dia nak bercakap.. and kalau dia jumpa kawan-kawan dia kan.. memang dia tak boleh nak berhenti bercakap haha sampai kita orang adik beradik selalu tegur mama bila mama dan macam taknak balik sebab asyik bercakap je hhaha kelakar la kalau ingat balik..
kalau la mama aku boleh baca kan apa yang aku tengah buat sekarang ni.. nak je aku bisik dekat dia.. "maa.. ya nak mintak maaf sebab sepanjang jadi anak mama ya selalu buat mama kecil hati dengan perangai ya..ya suka marah-marah..ya suka gaduh dengan mama.. tapi mama jugak la tempat ya mengadu.. ya rindu sangat dengan mama.. ya nak cerita banyak benda dengan mama tapi sekarang ya dah takde tempat bercerita maa.. yaa nak sangat dengar mama cakap dekat ya 'sabarlah ya ni semo ujian' yaa nak sangat makan makanan mama masak.. ya rindu maa.. sekarang kalau ya balik rumah mesti ya rasa kosong sebab sebelum ni kalau ya nak balik rumah mesti mama call ya setiap masa nak pastikan ya selamat sampai rumah.. tapi sekarang bila ya balik rumah ya masuk bilik mama..ya tengok ada baju mama je ma.. ya rindu nak tidur sebelah mama..ya rindu nak peluk belakang mama.. ya rindu nak beli air apple kalau malam je mama mesti order air apple kalau ya keluar makan.. tapi semua tu dah takde ma.. maa..mama tengah buat gapo tu? yaa loni nak habis dah belajar maa..ya tak sabar nak lari dari semua ni.. ya nak gi jauhh dari sini ya nak mula hidup baru ma. ya sebenarnya terkilan sebab mama tak tunggu ya dapat kerja dulu.. mama nak tahu dok..impian ya kalau ya dapat kerja nanti ya nak sangat bagi duit gaji ya dekat mama..ya tahu ya selalu mintak duit dengan mama.. ya nak sangat rasa nak bagi duit dekat mama tapi apakan daya..takdir mengubah segala-galanya maa.. maa nak tau dok maa..selepas mama meninggalkan kami semua..ya baru sedar yang mama ni seorang wanita yang kuat, cekal sebab mama dah harungi macam-macam cabaran, dugaan..ya sendiri nampak apa yang jadi dalam hidup kita maa..dulu ya sokmo salahkan takdir bakpo ya ado dalam family macam ni tapi sekarang baru ya faham ma..Allah nak ya jadi macam mama..gapo pun dugaan datang kita tetap terima dan redha apa yang jadi.. yaa nak jadi macam mama menjadi seorang yang sabar dan tetap teruskan sesuatu kerja tu walaupun macam-macam dugaan kita dapat.. ya nak jadi macam mama seorang yang hati lembut dan mudah sangat memaafkan orang lain.. kalau la mama dapat baca ni ya nak mama tahu ya bangga jadi anak mama.."
Al-Fatihah untuk mama..
Nik Haslina Binti Nik Abdul Kadir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Ways to Lose Weight Without Dieting
Sure, you can lose weight quickly. There are plenty of fad diets that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling hung...
-
Buat kali pertama dalam sejarah Muzium FBMK telah mengadakan satu pesta iaitu pesta makanan tradisional melayu yang bertempat di Muzium FBMK...
-
Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa jadi aku ceritakan serba sedikit tentang aku? okay nama aku mahira tapi selalunya keluarga dan ...
-
Assalamualaikum guysssssss... korang rasa aku nak cerita tentang apa ye kalau berkenaan dengan tajuk aku tu ? huuhuhu tentu la pasal arw...
No comments:
Post a Comment