Wednesday, October 31, 2018

BBM3410/18 : Ujian Minggu 7

Assalamualaikum guys..

okay sekarang aku nak cerita apa yang jadi minggu 7..betul betul minggu yang menguji tahap kesabaran aku.. allahuu sakitnya hati aku.. korang tau tak..minggu 7 di adalah minggu yang busy bagi kami sebagai student..

nak tahu sebab apa?

sebab minggu 8 tu cuti jadi kami kena settle tugasan yang ada sebelum cuti.. jadi nak dijadikan cerita.. Allah nak uji aku dengan laptop aku rosak! yes laptop aku rosak guys!! laptop aku tu bila on je terus blank. bila aku bawa pergi kedai komputer abang tu cakap laptop aku punya screen LED dia terbakar. like what?!! arghhhh stresss gila kot aku!! dahla aku minggu tu ada korang tahu tak aku kena settle semua tugasan aku yang berlambak tu.

so here aku list tugasan aku kena settle sebelum cuti mid semester aku

1- satu tugasan Dr Jamaiyah
2- satu lagi nak kena lengkapkan borang soal selidik group peristilahan aku
3- Tugasan BBM3410 ni aku kena buat kelendar dalam adobe photoshop
4- aku kena upadte tiga post dalam blog
dan paling penting aku ingat nak tunjuk borang soal selidik aku dekat supervisor FYP dengan harapan bila aku cuti mid sem ni aku boleh la edar borang soal selidik aku.

tapi itulah.. dugaan aku tiba-tiba pula laptop nak rosak masa genting gini.. hmm cuba la laptop nak rosak nanti aku habis degree ke tak pun kalau rosak awal sem haritu ye jugak lah aku nak gi baiki.. ni dahla rosak time ni pastu yang paling menguji kesabaran aku adalah korang tahu kalau nak repair screen laptop tu berapa kos dia ?

hahahaha RM450 UOLSSSS..

hahahahhaa aku tak tahu nak gelak ke nak nangis.. tapi nasib baik la aku nak repair laptop ni bukan guna duit aku (abang aku yang nak bayar and boyfriend aku pun cakap nak bayarkan kalau aku takde duit) hahaha kalau guna duit aku menangis gak ah aku.. dahla duit makan pun berjimat cermat ni nak hulur duit dekat laptop pulak. hahaha

BBM3410/18 : Aktiviti Bila Di Rumah

Assalamualaikum guys..

Okay memandangkan sekarang aku tengah cuti pertengahan semester.. so aku nak cerita la serba sedikit tentang aktiviti apa yang aku buat sewaktu cuti ni selain dari buat FYP(iyeker buat hehe).

Untuk pengetahuan korang, keluarga aku ini ada membuka sebuah kedai uniform yang mana di kawasan perumahan kami tu family kita orang je yang buka.. kedai lain ada jugak tapi jauh la sedikit.. dekat Kota Bharu.

Jadi untuk mengisi masa terluang aku yang sangat berharga ini.. aku mengambil keputusan untuk membuat part-time bekerja di kedai keluargaku..

Mesti korang tertanya-tanya kan.. apa la yang kedai family aku ni jual kan? so kami ada menyediakan barangan yang paling utama iaitu uniform sekolah seperti baju sekolah, baju uniform kokurikolum, beg sekolah, kasut sekolah malah tidak hanya barangan sekolah tetapi kami turut membekal peralatan sukan kepada pihak yang ingin mendapatkannya terutama sekali pihak sekolah yang berdekatan dengan kawasan kami. Malah kedai kami juga turut menyediakan perkhidmatan printing seperti print tulisan atau logo pada baju, banner atau segala jenis piala dan cenderamata.

Apa yang dapat perhatikan selama aku bekerja dengan keluarga aku ini.. kedai kami tidaklah mendapat untung setiap hari atau setiap bulan.. kedai kami hanya mempunyai ramai orang apabila tiba musim sekolah iaitu awal tahun dan akhir tahun sahaja..

Jadi mesti korang tertanya-tanya kan bagaimana kami nak survive untuk membuat bayaran bil utiliti setiap bulan kan? huhu okay meh aku ceritakan.. kami tidak bergantung 100% kepada jualan baju barang uniform sahaja.. kami juga turut membekal keperluan yang diperlukan oleh jabatan-jabatan kerajaan seperti SUK,JPN,IPD, dan banyak lagi...

So itulah serba sedikit apa yang aku boleh kongsikan kepada korang tentang keluargaku ini huhu..


Punya la beribu gambar dalam phone aku 
tapi satu pun takde gambar kedai.
so gambar aku wujud sekali pun okay je kan. hihi


Tuesday, October 30, 2018

BBM3410/18 Tugasan Cuti Mid Semester

Assalamualaikum guys

okay hari ini aku nak bercerita tentang tugasan yang kami pelajar multimedia dapat dari Prof kesayangan kami. huhuhu

okay tugasan prof ni bagi aku takde la berat sangat cuma agak banyak la kalau kita tangguhkan kerja prof huhu prof suruh kami post gambar kampung kami sebanyak 10 keping dalam Instagram dengan macam biasa update blog sebanyak tiga post. huhu dalam Instagram tu kan kami kena tulis caption yang menarik serta hashtag yang menarik hati prof dan hastag #kampungku. hahahahahahaha aku ni dahla bukan spesis yang suka buat kelakar. selalu je aku stress setiap kali nak kena perah otak aku yang tak berapa nak geliga ni nak cari ayat yang kira macam agak kelakar la.. hahaaha so aku nak citer dekat sini.. prof suruh kita orang ambil gambar kampung kita orang kan.. tapi yang masalahnya hahahahaha kampung aku tu tak macam kampung kawan-kawan aku pun.. kawan aku lawa je gambar diorang ada gambar sawah, ada gambar hutan, ada macam-macam la yang napak situasi kampung. tapi aku ? hahaha rumah aku ni ada bangunan sekolah, ada balai polis, ada rumah-rumah, ada airport.. so untuk tidak menampakkan aku sorang je ada gambar yang tak berapa kampung.. aku pun gigih lah pergi air terjun, pergi berkelah anddddddddddd aktiviti paling aku suka adalah pergi makan so mana je tempat makan best aku mesti tangkap gambar then upload dekat instagram...

huhu mudah kan tugasan kami ? tapi tulaaa mudah-mudah pun aku pi tangguh jugak kerja ni. hmmm
Nasib baik sempat post cukup 10 keping huhu

Thursday, October 25, 2018

BBM3410/18 : Hati, Janganlah Bersedih

Assalamualaikum guys.. 

Hari ini aku nak kongsikan dengan korang semuat tentang sebuah syair yang bagi aku sangat menyentuh jiwa aku sebagai seorang anak yang baru kehilangan ibu. 

Bagi aku syair ini mempunyai perasaan yang sama dengan aku.. yang mengerti bagaimana aku terlalu merindukan ibuku di alam sana.. semoga syair yang aku kongsikan dari buku ini dapat mententeramkan jiwa kita yang sedang menangis

Ketika Ibu Tiada

Aku tuliskan untukmu duhai ibu
Bait-bait syair isi relung jiwaku
Aku isyaratkan di dalamnya duhai ibu
Tentang air mata yang mengalir

Tentang hati yang bimbang
Tentang fikiran yang tiada arah
Tentang kerinduan yang membara
Yang tidak dirasakan seorang pun!

Tentang kesedihan dalam dada 
Tentang kebahagiaan dalam kubur
Sejak kepermegianmu duhai ibu
Alangkah sedihnya aku

Mengusirku..menyelimutiku
Menyingkap rahsia pandanganku
Dalam diam aku merinduimu
Lalu aku bersujud dan bersabar

Aku lantunkan senandung syukur
Yang ada dalam relung jiwaku dan hatiku
Di tingkapmu ini duhai ibuku
Di sini dulu kita dalam naungan kebahagiaan,
Kita berbincang

Aku terdiam mengenangmu
Di sinilah kertas dan tulisan menceritakan
Di sinilah Masjidil Haram 
Di sinilah mushaf

Di sini iman yang membara
Engkau tidak tahu wahai ibu
Begitu juga aku tidak tahu bila aku bertemu yang menghidupkanmu?
Duhai ibu, aku sentiasa berdoa kepada Allah

Agar dia menyatukan kita di hari perjanjian
Disana bersama pemberi petunjuk
Di sana akan hilang kesedihanku
Hatiku yang menangis menjadi bahagia 
Sampai bertemu di hari itu, duhai ibuku

'
Aku petik syair ini dari buku "Don't Be Sad For Muslimah"

BBM3410/18 : Puding Caramel

Assalamualaikum korangggg..

huhu okay harini aku nak cerita la sedikit kan kepakaran memasak dessert aku ni.. setakat aku hidup 23 tahun ni.. yang paling aku pandai sekali buat dessert satu je weh iaitu puding caramel hahahaha..yang lain-lain nanti aku pandai jugak tapi tak minat sangat buat sebab aku rasa puding karamel ni la yang paling ringkas nak buat and sedap! nak tahu kenapa ringkas? sebab bahan-bahan yang aku guna ni confirm akan ada je dekat dapur rumah aku tu..

so ni bahan-bahan yang diperlukan :

ni untuk gula dia kasi hangus :
  • gula dua cawan
  • air sedikit
ni untuk yang warna kuning dia :
  • susu pekat satu tin
  • air masak satu tin 
  • sedikit esen vanilla
  • telur lima atau enam biji
okay mula-mula sekali aku akan pecahkan telur dan kacau dia hingga rata selepas itu aku masukkan susu pekat satu tin dan air masak satu tin akhir sekali aku letak sedikit esen vanilla.

lepas itu aku tinggalkan sekejap.. aku pergi goreng gula atas api sehingga warna gula tu bertukar menjadi keperang-perangan.. 

selepas gula dah cair, aku cepat-cepat masukkan gula tersebut ke dalam loyang (sebab gula ni cepat beku so kena cepat buat ni)

selepas gula tu dah mengeras dalam loyang aku letakkan la adunan telur dan susu aku tadi ke dalam loyang..selepas itu aku kukuskan puding aku tu selama 25minit

ni la bahan dia

nahh teliur takkk
selepas itu tadaaaaa dah siap untuk dimakan auummmm hihihi


tips nak ambil hati lepas gaduh dengan boyfriend hahaha



BBM3410/18 : Video One Shot (lagu)

Assalamualaikum korangggggg..

okay hari ini aku nak story sikit pasal tugasan yang kami terima dari prof.. ada kelainan sikit tugasan minggu ni.. haha sebelum tu aku teringat ayat prof.. kita kena redha dapat tugasan apa punn sebabb apa nanti kalau tak redha prof nak tambah lagi tugasan hahahahahaha..so dengan terpaksa rela kami semua redha jela.. so prof suruh kami pilih satu lagu yang agak rancak lepas tu buat video klip pasal lagu tu tapi kami semua hanya buat gaya dan miming sahaja..jadi group aku pilih la lagu
Mark Adam -Pencuri..

jadi kami semua pun berpakat la nak record video ni sebelum cuti mid sem dan kami record dekat bukit ekspo.. tapi aku nak cerita dekat sini.. kerjasama antara group tu yang paling aku suka sebab kami record banyak kali kot video asyik tak jadi je sampai kita orang semua dah fed up hahaha tapi sebab kesabaran masih tinggi kita orang buat sampai jadi so kat situ aku terharu lah dengan group aku sebab kita orang saling nak memberi idea sampai semua orang blur nak ikut idea sape hahaha so nantikan lahh video kami untuk one shot ye hihi

ni empat dari sepuluh orang yeee hihihi

Thursday, October 18, 2018

BBM3410/18 : Tempat makan sedap di Kota Bharu

Assalamualaikum guys..

okay memandangkan aku ni sejak lahir lagi tinggal di Kota Bharu so here aku list kan untuk korang yang rasa nak makan tempat sedappp dekat area rumah aku.. ni ikut selera aku la kan.. hahaha kalau selera orang lain kata tak sedap tu aku minta maaf yeee...

Kedai Makan Kesukaan Aku : 

PAGI : 
sup gearbox dan daging goreng pokmat
kuih tepung boko
nasi kerabu tepi tali air
nasi gulai ike masin
nasi dengann daging goreng dkt DBP
nasi kukus haikal
nasi ayam Taman Bendahara
nasi ayam pedas Selera Daun Pisang, Tanjong Mas
nasi ayam kampung belakang billion dgn SMKKB
nasi ayam goreng lokang besar belakang SMKKB

TENGAH HARI : 
nasi sumatera
megi celup kaklong
sup gearbox panji
ike sumbat bakar panji dkt traffic light
chicken chop sun hua
patin tempoyak bakar roundabout
sup air asam depe wisma
nasi ulam cikgu
nasi ulam umi hok ado jual colek
nasi ulam dkt lorong masjid muhammadi
sup gearbox dkt maybank flyover
nasi ike bakal dgn air asam bagan


PETANG/MALAM
perut goreng dan daging goreng belado sudin
sate baung
ayam goreng pasar kg cino
ikan siakap keda gesek
spaghetti mat salleh
mee kuah keda buloh
ikan bakar dkt shell
kopi beng karamel brewster
chicken chop keda bola and dkt cimb
beger daging cheese special diana

BBM3410/18 : Genap 100 hari

Assalamualaikum guysssssss...

korang rasa aku nak cerita tentang apa ye kalau berkenaan dengan tajuk aku tu ?

huuhuhu tentu la pasal arwah ibu aku yang mana hari ini genap 100 hari ibu aku meninggal dunia..

ntah la wey.. aku tak tahu kenapa saat aku menulis berkenaan ibu aku ni kan.. rasa macam terngiang-ngiang je dekat tepi telinga ni suara mama aku.. rasa macam tak percaya yang mama aku dah takde.. rasa macam baru je aku call dia jumaat lepas tanya dia buat apa.. rasa macam betul ke mama aku dah meninggal ? kenapa cepat sangat mama pergi tinggalkan aku dan adik beradikku.. tapi walau banyak mana pun persoalan yang timbul dalam fikiran aku.. masa tetap tak boleh diundur.. mama tetap tak ada di dunia ini. ya Allah aku rindu sangat nak bercakap dengan mama.. aku rindu nak peluk dia ya Allah.. aku rasa aku belum puas bermanja dengan mama aku dan aku belum balas pun lagi jasa mama aku yang selama ini tak pernah berkira hulur duit dekat aku walaupun mama aku sendiri tiada duit hahaha.. kalau korang nak tahu kan... perangai mama aku ni dia banyak mulut tau.. korang letak je dia mana-mana mesti banyak je idea dia nak bercakap.. and kalau dia jumpa kawan-kawan dia kan.. memang dia tak boleh nak berhenti bercakap haha sampai kita orang adik beradik selalu tegur mama bila mama dan macam taknak balik sebab asyik bercakap je hhaha kelakar la kalau ingat balik..

kalau la mama aku boleh baca kan apa yang aku tengah buat sekarang ni.. nak je aku bisik dekat dia.. "maa.. ya nak mintak maaf sebab sepanjang jadi anak mama ya selalu buat mama kecil hati dengan perangai ya..ya suka marah-marah..ya suka gaduh dengan mama.. tapi mama jugak la tempat ya mengadu.. ya rindu sangat dengan mama.. ya nak cerita banyak benda dengan mama tapi sekarang ya dah takde tempat bercerita maa.. yaa nak sangat dengar mama cakap dekat ya 'sabarlah ya ni semo ujian' yaa nak sangat makan makanan mama masak.. ya rindu maa.. sekarang kalau ya balik rumah mesti ya rasa kosong sebab sebelum ni kalau ya nak balik rumah mesti mama call ya setiap masa nak pastikan ya selamat sampai rumah.. tapi sekarang bila ya balik rumah ya masuk bilik mama..ya tengok ada baju mama je ma.. ya rindu nak tidur sebelah mama..ya rindu nak peluk belakang mama.. ya rindu nak beli air apple kalau malam je mama mesti order air apple kalau ya keluar makan.. tapi semua tu dah takde ma.. maa..mama tengah buat gapo tu? yaa loni nak habis dah belajar maa..ya tak sabar nak lari dari semua ni.. ya nak gi jauhh dari sini ya nak mula hidup baru ma. ya sebenarnya terkilan sebab mama tak tunggu ya dapat kerja dulu.. mama nak tahu dok..impian ya kalau ya dapat kerja nanti ya nak sangat bagi duit gaji ya dekat mama..ya tahu ya selalu mintak duit dengan mama.. ya nak sangat rasa nak bagi duit dekat mama tapi apakan daya..takdir mengubah segala-galanya maa.. maa nak tau dok maa..selepas mama meninggalkan kami semua..ya baru sedar yang mama ni seorang wanita yang kuat, cekal sebab mama dah harungi macam-macam cabaran, dugaan..ya sendiri nampak apa yang jadi dalam hidup kita maa..dulu ya sokmo salahkan takdir bakpo ya ado dalam family macam ni tapi sekarang baru ya faham ma..Allah nak ya jadi macam mama..gapo pun dugaan datang kita tetap terima dan redha apa yang jadi.. yaa nak jadi macam mama menjadi seorang yang sabar dan tetap teruskan sesuatu kerja tu walaupun macam-macam dugaan kita dapat.. ya nak jadi macam mama seorang yang hati lembut dan mudah sangat memaafkan orang lain.. kalau la mama dapat baca ni ya nak mama tahu ya bangga jadi anak mama.."

Al-Fatihah untuk mama..
Nik Haslina Binti Nik Abdul Kadir

Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18 : Simpulan Bahasa

Assalamualaikum guys...

okay minggu ni aku nak bercerita tentang tugasan yang prof bagi dekat group kami.. kami ditugaskan untuk mengambil gambar tetapi mempunyai maksud yang ada dalam simpulan bahasa.. hahahahaha kalau diingatkan balik la kan.. rasa kelakar pula haritu sebab habis je kelas kami dengan prof terus kami buat tugasan ini sebab taknak tangguh nanti prof bagi kerja lain pulaa.. jadi kami ditugaskan untuk ambil 10 keping gambar yang mana gambar simpulan bahasa yang kumpulan kami gayakan itu mestilah berlainan dengan kumpulan lain..

Jadi antara 10 simpulan bahasa yang kami pilih itu adalah

  1. Kera Sumbang
  2. Cahaya Mata
  3. Beradu Buku
  4. Jatuh Hati 
  5. Malu-Malu Kucing
  6. Madu Tiga
  7. Putih Mata
  8. Putih Mata
  9. Tidur Ayam
  10. Hangat Hati
pelakon yang menjadi model dalam simpulan bahasa ini terdiri daripada ahli kumpulan kami juga huhu nanti aku bagi link video simpulan bahasa tu ye.. tapi aku takde la dalam video tu sebab aku jadi photographer diorang

so ni link dia.. alang-alang dah tekan tu tolong la like sekali video kita orang huhu terima kasih 

Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18 Kisah Aku

Sebenarnya aku tak tahu nak cerita pasal apa jadi aku ceritakan serba sedikit tentang aku? okay nama aku mahira tapi selalunya keluarga dan rakanku lebih selesa memanggilku dengan nama 'yaa' sahaja. aku ada lapan orang adik beradik yang mana aku anak keempat. Aku mempunyai dua orang abang, seorang kakak dan empat orang adik lelaki. aku juga mempunyai seorang ibu kandung dan seorang ayah kandung.namun ujian telah melanda untuk aku dan sekeluarga kerana pada tarikh keramat 10 julai 2018 ibuku telah kembali menemui penciptaNya. Ya aku redha dengan apa yang berlaku kerana bagi aku, aku lebih rela ibuku meninggalkan kami semua daripada beliau menanggung kesakitan buah pinggang. Beliau telah menjalani hemodialisis pada bulan april haritu.. Kisahnya panjang insyaAllah kalau ada waktu lapang akan ku coret disini perjalanan ibuku sebagai pesakit buah pinggang. Tahun ini juga aku turut menerima ujian apabila setelah ibuku meninggal dunia, pada bulan ogos 2018 ayahku pula dimasukkan ke IJN untuk menjalani pembedahan jantung (By-Pass) aku tahu aku sedih dan murung dengan apa yang yang jadi dalam hidupku ini tapi aku cuba untuk kuatkan semangat aku, aku sentiasa fikir yang ujian untuk aku ini hanyalah sedikit dan mungkin ini pembalasan tuhan pada aku diatas dosa-dosa yang aku telah buat. aku redha apa yang jadi dalam hidupku ini.. Aku sekarang berada di semester akhir di UPM pada awal tahun 2019 aku akan menamatkan ijazahku ini. aku ingin memulakan hidup baru. Aku mahu buka buku baru. Aku mahu jadi seorang yang baru. Doakan aku agar kehidupanku lepas ini akan lebih baik dari sekarang. disini aku sertakan gambar keluarga ku yang mana jadi gambar terakhir untuk kami sekeluarga yang complete semua orang.

BBM3410/18 Kesayangan Aku

hai koranggg..

okay post kali ini aku nak ceritakan kesayangan aku.. aku pasti semua orang ada orang kesayangan atau haiwan kesayangan dalam hidup kan ? so macam itulah aku jugak.. tapi post kali ini aku nak cerita kesayangan aku yang haiwan la hahahahaha haiwan tu tentulaaaaa si manjaa kucing kikiki meeooowww!!


aku nak cerita la kan sepanjang aku menikmati keindahan hidup aku selama 23 tahun ni kan.. seingat aku hanya dua kali je aku pernah rapat dengan kucing. sebab aku ni jenis yang macam tak minat sangat and tak pandai nak zahirkan kasih sayang aku hahahaha 

so kucing aku ni kucing betina.. tapi aku namakan dia "mad" hahahahahha kelakar kan? betina tapi letak nama org lelaki hahahaha itu sebab arwah mama aku namakan kucing ni.. mad ni aku pun tak tahu masa bila dia wujud dalam kehidupan aku dan keluargaku sebab mad ni macam kucing terbiar tapi dia selalu datang rumah mintak makanan.. so aku ni sebagai anak perempuan yang bila keluargaku dah habis makan aku la yang kena kemas meja apa semua kan so ada la makanan lebih mesti aku bagi makan dekat mad.. jadi bila lama-lama aku setiap hari bagi makan dekat mad ni sampai dia pun macam rapat dengan aku.. pantang dia boleh masuk rumah mesti dia cari aku duduk sebelah aku (sebab arwah mama tak suka kucing masuk rumah sebab rumah aku ni full karpet so takde lantai yang takde karpet jadi penuh la bulu kucing) oleh sebab mama tak bagi dia masuk rumah mesti kalau ada peluang je dia masuk rumah sampai la satu ketika waktu tu aku umur 16,17 tahun aku mula sayang dekat mad ni siap belikan makanan khas untuk dia pastu dia manja sangat dengan aku selalu gosok badan dia dekat aku pastu dia kan kalau macam aku stress ke aku nak nangis ke mesti mata mad ni pandang je aku macam mata dia menceritakan yang dia turut faham perasaan aku.

sampai la satu ketika masa tu aku tahun satu di UPM arwah mama whatsapp aku bagitau yang mad ni selalu tidur je selalu baring pastu kalau makan tak makan banyak macam selalu.. hahaha arwah mama pernah hantar gambar mad duduk terkangkang macam lembu kenyang hahaha maybe dia dah obes kot sebab tu malas nak jalan malas nak lari tu.. 

pastu bila aku balik rumah aku perasan yang mad ni makin lama makin pasif pastu macam sakit sampailah aku bawak pergi klinik haiwan dekat UMK PC tu rupanya student UMK tu cakap kucing aku ni macam aku ketulan ke apa ntah yang berpunca dari kucing jantan selalu duk bagi dia beranak. jadi untuk buang ketulan tu kena kos RM550 hmm sebab masa tu aku tengah kaya so dengan redha aku pun bayar la operation untuk kucing kesayangan aku ni so dah settle lepas operation tu setahun selepas itu kucing aku sakit lagi masa tu dia dah macam tenat and bila aku bawak pergi jumpa Dr, katanya kucing aku dh takde harapan pastu dia cakap kucing aku dah sakit lama and Dr tu cakap kalau boleh biar dia mati sebab dia pun mungkin dah sakit lama dah.. 

lepas itu seminggu kemudian aku cari kucing aku merata tempat kot tapi tak jumpa. aku sedih sangat sebab arwah mama aku cakap kucing kalau dia nak mati dia takkan muncul depan tuan dia sebab dia taknak tuan dia sedih. hmm memang pun korang sebab lepas tu adik aku jumpa kucing aku dah mati.. murung kejap aku time tu..

sejak daripada tu aku dah takde haiwan peliharaan dah.. hahaha haritu ada jugak cakap dekat boyfriend aku kata nanti lepas kahwin nak ambik kucing baru tapiiii awal awal lagi dia tak bagi sebab dia tu trauma dengan kucing hahahahaha trauma sebab apa aku tak tahu la sebab bila aku tanya dia cakap nanti lepas kahwin dia bagitau..

anyway thank you guys sebab baca cerita tak seberapa aku ni huhuuhu so nah aku belanja arwah kucing aku ni yerrr






hahahhaa okay yang ni last punya gambar haha nama dia mad jemah meow meow kahkahkah



BBM3410/18 FOTOGRAFI

okay guys, harini aku nak bercerita tentang apa yang aku belajar dalam kuliah multimedia isnin (tiga hari lepas).. Prof Normaliza telah memberi tunjuk ajar kepada kami tentang bagaimana untuk kami megambil gambar dari sudut Flat Lay, Half Flat Lay, Quate Flat Lay dan Zero Flat Lay.. okay kumpulan kami telah diberi tugasan untuk post tiga gambar setiap empat daripada apa yang kami pelajari ke dalam instagram kami.. so inilah gelagat kami dalam nak menyiapkan tugasan ini







Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18 TIPS PENJAGAAN MUKA

1. Cuci muka sebelum tidur malam

Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.


2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi


Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.


3. Bilas muka dengan sempurna


Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.


4. Jangan kerap bertukar produk


Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda.  Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda 'rest' sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka.Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri.


5. Kurangkan menyentuh muka


Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah kita dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.


6. Jaga pemakanan


Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.


7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari


Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.


8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran


Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.


9. Kurangkan penggunaan alat solek


Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.


10. Asingkan kain tuala pengelap muka


Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.


11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari


Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Sinaran matahari yang paling merbahaya adalah sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari pada waktu itu. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah cahaya matahari pada waktu PAGI bukannya SIANG iaitu sekitar jam 7-8 pagi.


12. Elakkan mengelap muka menggunakan baju


Gunakan kain atau tisu yang bersih untuk mengelap wajah anda yang basah atau berpeluh. Jangan gunakan baju atau kain tudung kerana dikhuatiri kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka anda.

BBM3410/18 kisah terindah zaman sekolah

Assalamualaikum guys! hihihi

hari ini aku nak share story pasal aku. emm kalau ada yang macam tak berminat baca kisah aku hahahaha korang cepat cepat pilih tajuk lain okay untuk dibaca. hahaha sebab maybe post ni boring sikit (melainkan ada antara korang ni secret admire aku kahkahkah)

okay aku nak start apa ye? hmmm memandangkan aku baru je berjinak jinak nak meluahkan perasaan aku dalam blog ni so maybe nampak over la cara penulisan aku.. yang tu aku minta maaf k kalau korang meluat huhu aku cuma ingin menjadi diriku sendiri chewaahhhh hahahaha

so aku lahir di Kelantan dan aku mula sekolah dari tadika hinggalah habis STPM aku hanya sekolah di Kelantan Darul Naim sahaja hihi aku bukan macam sesetengah kawan aku yang selalu berpindah randah sebab kawan-kawan aku ramai ayah diorang kerja polis jadi mesti diorang dah rasa berpindah tu banyak kali hahaha tapi aku tak macam itu. mama dan abah aku merupakan guru yang mengajar di sekolah menengah dan memang berasal dari Kelantan.

tapi kan korang nak tahu tak apa yang special bila zaman sekolah aku ni (bagi aku special and unik la) hahahahaha kalau korang nak tahu aku waktu sekolah rendah aku sekolah dalam enam tahun tu enam tahun aku pindah. hahahahhaa kelakar kan? bukan sebab aku pelajar yang bermasalah okay! cuma sebab macam mana ek hahaha aku pun dah lupa tapi meh aku list sekolah yang pernah aku sekolah ye

darjah 1 - SK Dato Hasyim 1
darjah 2 - SK Tanjong Mas
darjah 3 - SK Agama Tengku Amalin Aisyah Putri
darjah 4 - SK Penambang
darjah 5 - SK Pengkalan Chepa
darjah 6 - SK Dato Hasyim 2

hahaha kelakar kan ? tapi yang aku duk tukar tukar sekolah tu dalam satu daerah yang sama je sebenarnya..and disebabkan aku suka tukar sekolah ni aku jadi ramai kawan sampai ada ramai kot yang aku kalau terjumpa orang kan diorang mesti cakap "dah lupa ke kita pernah satu sekolah" takpun macam ni.. bila aku jumpa dalam sesuatu majlis tu aku nak salam la kan pastu ala biasa la perempuan kalau tengok orang tu macam tua sikit mesti nak salam cium tangan kan hahaha so aku nak salam cium tangan sekali budak tu cakap "weh yaa kita sebaya la! kau tak ingat ke kita satu kelas" aku macam oh ea so macam aku pun dalam hati cakap likeeeeee whattt! hahahahahha korang ingat aku ingat ke hahahahaha aku pun pelik dan musykil macam mana korang boleh cam aku. maybe muka aku tak berubah kot dari kecik tapi betul ikhlas dari hati aku.. aku minta maaf sangat kalau aku tak cam korang tau.

pastu bila dah naik sekolah menengah aku dah tak pindah sekolah macam tu dah haha al maklum lah dah besar dah boleh fikir nak cari kawan kan so aku hanya pindah sekolah bila nak masuk tingkatan enam sebab sekolah aku yang lama tu takde kelas untuk tingkatan enam.

jadi bila aku dah pindah naik tingkatan enam ni kan. aku boleh cakap paling best aku pernah sekolah adalah masa tingkatan enam! korang tahu kenapa? sebab masa itu baru aku kenal erti kawan sebenar-benarnya sebab apa dalam kelas aku tingkatan 6 ekonomi tu kita orang macam keluarga tau.. cikgu-cikgu kita orang macam mak ayah kita orang je sebab apa ? sebab kita orang tak pernah terdetik nak makan kawan sama sendiri.. kalau masa study kan sape yang tak faham pasti kita orang akan ajar satu sama lain sampai la faham. alaaa rindunyaaaa nak sekolah balik rindu nak kawan dengan diorang dengan cikgu-cikgu yang penyayang *nangis* hukhuk banyak sebenarnya kisah form 6 aku ni tapi itu jela aku cerita kang panjang korang malas nak baca pulak hahahahaha so macam biasa nah aku belanja gambar masa aku sekolah.








haa yang ini pula gambar masa form 5 hihi sorry muka kelakar hahaha



BBM3410/18 : Pesta Makanan Tradisional Melayu

Buat kali pertama dalam sejarah Muzium FBMK telah mengadakan satu pesta iaitu pesta makanan tradisional melayu yang bertempat di Muzium FBMK, UPM. Pesta ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan tradisi makanan orang melayu dari dahulu hingga sekarang. tetamu jemputan yang dijemput iaitu Dr. Shahril telah memyediakan demo masakan iaitu onde-onde dan masak lemak cili api. Malah diantara banyak makanan yang dijual terdapat satu makanan yang menjadi tarikan pada hari itu iaitu Lontong kering yang terkenal di negeri Johor. Kata penjual tersebut, lontong ini sukar ditemui selain dari majlis keraian serta hari raya. Hal ini kerana, lontong kering ini sukar dibuat. para pelajar BBM3410/18 juga turut hadir memeriahkan suasana pesta tersebut kerana para pensyarah turut menyertai dalam jualan makanan tradisional tersebut.


10 Ways to Lose Weight Without Dieting

Sure, you can lose  weight  quickly. There are plenty of  fad diets  that work to shed pounds rapidly -- while leaving you feeling  hung...