Assalamualaikum guys..
okay ni sambungan dari
part 1 yang dekat pasar tu la kan.. seterusnya setelah penat membeli belah pelbagai barang yang aku rasa agak membazir hahaha ayah aku pun cakap la jom kita pi cari makan dekat food court sebab ayah aku lapar. so kita orang pun naik la dekat food court diorang yang dekat tingkat 7 tuu.. kat sana ayah aku duduk la satu meja ni pastu pesan ayam penyek 3set untuk ayah aku, aku dan adik-adik sebab abang aku dengan wife dia cakap taknak makan diorang nak gi pusing.. so sebab kita orang memang dah lapar giler kita orang pun makan la tanpa toleh kiri dan kanan..nah aku belanja gambar makanan tu japgi aku cerita babak yang lagi sensasi tau! tunggu naa..
|
ayam penyek masa aku tengah makan ni kan sedap gila sebab ayam dia pedas! |
|
selera benor bapak aku ni |
|
ni haa makanan dia |
|
ada yang menjaja buah pulak dahh |
|
serbuk buah ni sedapp sebab pedas! |
okay setelah selesai urusan dekat pasar tu.. masa atas bas tu kan..haha yang ni paling aku rasa nak muntah giler. korang tau tak abang aku boleh cerita yang masa kita orang duduk dekat meja makan di food court tadi abang dengan kakak ipar aku tengok kedai yang kita orang makan tadi nampak tikus yang besar-besar keluar masuk dalam food court tu..ya Allah! rasa macam atas bas tu jugak aku nak muntah!! bengong la abang aku tak bagitau awal-awal.. dia cakap dia tak tergamak nak bagitau sebab nampak kita orang lapar sangat pastu dah duduk dekat meja hahahaha patut la laki bini tu taknak sentuh langsung makanan kat food court tu..
11 September 2018
hari ahad ni takde aktiviti sangat..mula-mula kami pergi breakfast pastu pergi Kartika Sari.. sorry guys kat sini aku tak ambil gambar sebab terlalu excited ambil makanan orang lain bayar kan so lupa nak ambil hahaha lepas shopping tu kita orang terus ke Jakarta..Alhamdulillah perjalanan ke Jakarta tak ambil masa lama macam haritu hanya 3 jam sahaja untuk sampai ke sana.. tapi sebelum ke hotel.. sekali lagi kita orang singgah ke pasar di Jakarta. hahaha minat betul kawan bapak aku singgah pasar ni ye hahaha kita orang tak beli pape pun sebab takde benda yang menarik.. so nah aku belanja gambar family aku jela dekat pasar tu.. yela orang cakap family kita ni kan segala-galanya so gambar family pun kira berharga la kan..huhuhu
okay dah selesai dari pasar kita orang pun check in hotel dekat Jakarta pula.. waktu malam tu acara bebas so kena pergi cari makan sendiri.. aku dan family pun keluar la hotel sebab nak makan.. dekat pasar tadi kita orang tak sanggup nak gi food court sana. Malam nak keluar hotel tu kan aku dah rasa lain macam dah sebab jalan yang kita orang lalu tu kan walhal jalan besar like ada banyak bangunan la kan.. tapi persekitaran diorang tak macam kita.. kiri kanan bau hancing guys! rasa macam geli gila nak lalu hahahaha so kita orang pun jalan la kaki round kedai satu satu tapi tak jumpa yang jumpa kedai non muslim.. pastu jalan la lagi dalam 300 meter kita orang jumpa la satu warung khemah tepi jalan ni kan..kita orang macam kena yakinkan diri la makan kat situ sebab dekat warung tu dia tulis
warung aji so muslim la kan? hahaha ni warung dia
|
warung yang khemah hijau tu |
so kita orang satu family pun masuk la dalam tu.. hahahaha aku bukan nak berlagak diva ke apa la kan.. tapi aku kat malaysia pun tak pernah makan kedai macam ni huaaa rasa nak nangis je kena makan kat situ.. pastu bila masuk dalam tu aku pulak sensitif bab bau ni tetiberrrrr bau longkang
(yela tak longkang macam mana kalau dah kerusi meja dia atas longkang besar) masyaAllah sisturrr iollsss tak boleh laaaa macam ni.. hahahahhaha so sis cakap dekat abah yang taknak makan.. cuma nak gi beli air mineral je dekat kedai serbaneka depan tu sikit. so ayah aku pun order la makanan. mak oii dia order macam makan dekat restoran dengan ikan bawal masak tiga rasa la, udang petai la, udang bakar la, sayur apa la semua lah.. kaya aku rasa pakcik tu.. padan satu family aku je makan malam tu pastu dia dah boleh tutup kedai hahahhaha.. so pakcik tu pun masak la kan.. so ni makanan dia
|
sis redha duk dalam kalangan yang muka kelaparan |
|
siap bagi best lagi tu bapak aku |
|
selera betul abang aku nih |
|
aku tak faham macam mana diorang boleh ada selera nak makan |
so setelah diorang selesai makan.. aku pun macam tunggu la kan diorang habis makan sambil perhati situasi sekeliling ni.. sekali mata aku ni rajin pulak nak toleh bawah meja.. korang tau tak aku nampak apa.. huaaaa nampak tikus besar lengan abang aku tuh!!!! ya Allah rasa nak muntah kat situ jugak!!! aku pun bisik la dekat adik abang aku cakap suruh tengok bawah meja kan.. sekali semua menjerit lari keluar dari warung tu hahahahhahahahahhahahahahaha padan muka korang! tulaa nak makan kat tempat macam tu lagi.. baru tau perasaan geli aku tu macam mana.. kalau sebelum makanan sampai kemain cakap makanan ni sedap la suruh aku makan jugak la apelaa.. skali sorang-sorang muka macam tahan berak je. hahahahaha so aku untuk alas perut aku.. aku beli mee sedap yang dekat kedai serbaneka je dua bungkus..
|
hahaha mana ada mangkuk. ni nasib baik ada plastik yang
biskut adik aku pastu sudu garfu yang atas flight |
|
mana aku makan mesti wajib la
wujud budak mukmuk nii haha |
12 September 2018
Flight kita orang sebenarnya jam 2 petang tapi kita orang gerak dari jam 6 pagi sebab nak gerak sekali dengan abah and kawan-kawan dia sebab flight abah jam 10 pagi.. so kat sini takde yang menarik biasa la lepak lepak dekat airport. so nah aku belanja gambar aku dan adik dekat airport ye. huhuhu
|
Bye korangg nanti aku datang lagi..
tapi bukan Jakarta la hahahahha |
|
handsome boy aku huhu |
|
background macam dekat korea kan huhu |
|
ada jugak gambar dengan gewe dari seberang! |
No comments:
Post a Comment