Okay guys hari ini aku nak bercerita tentang pengalaman aku pergi ke Indonesia ikut family aku makan angin.. kami pergi tak lama hanya empat hari sahaja (9 hingga 12 september 2018). Sebenarnya kalau ikutkan hati, aku taknak ikut pun sebab assignment aku banyak lagi tak siap and kalau aku pergi aku terpaksa tangguh termasuk la FYP (
9 September 2018
Sampai je di KLIA kita orang punya flight pukul 1 dan tiba dekat airport di Jakarta dalam pukul 4 gitu sebab flight delay time tu.. first impression aku bila sampai dekat Indonesia like wow la sebab aku tengok bila kita orang sampai di arrival dia kan apa yang aku perasan dekat dinding airport diorang kan ada pemadam api tapi diorang hias pemadam api setiap 15meter tu dengan pelbagai lukisan dinding yang berbentuk kanak-kanak yang memakai pelbagai uniform tengah pegang pemadam api.. and bagi aku itu sesuatu yang menarik sebab dekat Malaysia aku tak jumpa pun lukisan dinding macam itu.. huhu sebab dia macam dapat menarik minat kanak-kanak untuk mempunyai minat dan cita-cita yang ada pada dinding seperti menjadi Anggota Bomba, Polis, Askar, Doktor, Pramugara,Juruterbang dan banyak lagi lahh.. huhu so ni antara salah satu gambar yang aku suruh adik kesayangan aku jadi model..
ni adik kesayangan aku. Nik Abdul Aziz nama dia |
Jadi bila naik je bas kami jangkakan perjalanan kami ke Bandung hanya mengambil masa sekejap mungkin dalam dua atau tiga jam sahaja. tetapi ternyata kami silap. haahahaha korang nak tahu berapa jam kami dalam bas nak sampai ke Bandung ? hahahaha 8 jam guys! ye 8jam!! adoiii sakit pinggang tu tuhan je tahu.. menyesal aku ikut!! hahahahahahhaa..jarak Jakarta ke Bandung sebenarnya tak jauh pun dalam 150km je tapiiii dia punya jam tu masyaAllah menguji kesabaran betul. driver yang bawa kami cakap jam sebab diorang tengah buat jalan jadi memang akan jadi jam yang amat. korang bayangkan lah tahap jam dia tu sampai driver yang ada atas jalan raya tu siap keluar kereta pastu hisap rokok and borak dengan kereta sebelah lagi.. hahahhahahahahaha kita orang gerak dari airport Jakarta tu dalam pukul 6 sampai hotel Bandung dalam pukul 2.30 pagi.
semasa dalam perjalanan menuju ke Bandung tu kami ada singgah di RnR dekat Bekasi. Kami makan di salah satu kedai yang ada kat sana.. so aku pun order la bakso.. fuhhh boleh cakap bakso dia memang mantap ah.. hahaha walaupun nampak simple tapiii dua mangkuk aku habiskan..haha meh nak belanja gambar
ini la family aku..tapi yang depan baju hitam itu supirnyaaa kami dong |
perut lapar setelah 4jam dalam bas |
nampak simple tapi sup dia kena molek dengan mee |
10 September 2018
Pagi sabtu, first sekali kami breakfast dekat Kampiun Bistro Steak & Grill Bandung. makanan dia yang aku rasa la kan nasi goreng ayam dengan nasi apa ntah nama dia yang ada lauk udang, sotong dengan ikan tu sedap gilasssss!! sedap sebab sambal dia tu aku rasa macam bila masuk mulut je rasa nak kunyah je taknak telan sebab nak kata pedas tak jugak tapi sambal dia just nice untuk orang yang macam aku makan pedas tapi tak pedas sangat. hahaha (acano tuu) so ni aku tunjuk gambar kita orang makan kat sini yee
ni la nasi tuu tapi lupa la nama dia huhu |
Nasi Goreng Ayam |
okay selepas acara makan-makan.. acara yang ditunggu-tunggu dan tidak dijangka oleh aku hahahaha aku ingatkan trip abah aku ni pergi Jakarta je so aku tak expect dia nak pergi Bandung kalau tak mesti aku dah prepare nak beli apa kann hmmm ni dahla aku tak berapa nak suka shopping skali bila sampai kedai kain ayah aku suruh pilih kain apa yang aku berkenan. like what!.. hahaha aku mana la pandai selalu kakak aku je suka pasal benda benda gini.. so aku pun pilih la kain berdasarkan citarasa aku hahaha nah aku belanja kain yang aku berkenan.. aku tak beli semua tau.. hahaha kalau beli semua bankrap ler ayah aku kat butik tu hahahaha
okay pada waktu malam pulak, kami singgah dekat pasar di Bandung..aku tak minat sebenarnya nak pergi tempat macam tu hahahhaaha sebab ramai orang and panas. aku tak boleh panas berpeluh nanti badan aku naik merah-merah.. tapi sebab aku mempunyai misi yang palingggg aku rasa patut aku kena pergi iaitu misi membodek ayah aku beli kain lace! hahaha biarpun aku tahu aku bukan pakai sangat pun tapi sebab aku fikir nanti kalau setahun dua lagi aku kawin at least aku ada kain lace dah untuk buat baju nikah..jimat duit aku kat situ hahahhahahahaha (nampak sangat aku ni sejenis kedekut kan!) hahahaha takpe yang tu biorr bakal suami aku pikir la yang penting akad nikah iolss nak pakai baju sendiri taknak sewa.. hahaha demand! so nah aku belanja cuci mata tengok lace yang aku berkenan..
No comments:
Post a Comment